Friday, April 30, 2010

Manusia Sudah Berubah

Salam kawan-kawan. Sedar tak sedar kita sudah hampir ke penghujung pengajian dan semakin kita menghampiri penghujung pengajian kita, semakin kita bertambah umur. Inilah hakikat yang terpaksa diterima. Bagaimana selepas tamat pengajian nanti ? Sanggupkah kita bersengkang mata untuk teruskan pengajian (jika layak) ke peringkat Sarjana selepas ini? Mampukah kita meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi? Mungkinkah kita terpaksa akur dan tunduk kepada permintaan badan kita yang tentunya semakin uzur? Kalau belum uzur, berjaga-jagalah.


Persoalan di atas banyak kali saku tanyakan kepada kawan-kawan seumur dan sama kuliah tetapi tidak ada satu pun yang dapat memberikan jawapan yang aku fikir benar-benar ikhlas. Kalau ikut aku, rasanya dah tak larat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Mungkin kerana faktor umur dan juga faktor kesihatan yang membuatkan aku berfikir demikian. Umur minda masih 30an tetapi umur badan dah 60an. Terutama bagi golongan yang merokok. Bagaimanakah dengan rakan-rakan aku seperti Nasir, Zuraidi, Zulkefli dan lain-lain? Aku sarankan kalau mampu teruskan perjuangan kalian. Jangan ikut aku yang dah tak larat ni. Amir, Khoo Chee Leng, Veron dan yang masih muda lagi (dah 40 tahun...mudalah dari aku hehehehe) diharapkan teruskan perjuangan. Jangan undur. Cubalah dulu. Kalau best beritahu rakan-rakan. Kalau tak, jangan beritahu. Biar sama-sama merasa keh-keh-keh.

Akhir kata, kalau rajin nanti tengoklah blog rakan-rakan. Hantarlah komen dan jagan kutuk-kutuk heheheh...gua cau dulu...

2 comments:

  1. Memang melanjutkan pelajaran menjadi sebahagian impian di antara kita. Dengan ini saya menyokong penuh perjuangan anda semua. Bagi yang tak larat kerana faktor umur, jaga-jagalah kesihatan. Tips-tips kesihatan tak payah saya cakap banyak, tidur awal! Jangan macam menghabiskan asigmen hingga 4 pagi. Terlantar sejenak, menghadiri kuliah pula. Dalam bilik kuliah, mengantuk pulak. Ini gaya hidup orang muda, gaya orang muda menuntut di kampus. Kita semua telah melalui budaya ini, boleh dikatakan perasaan memeras otak dari segi batin dan zahir, biarlah berlalu. Biarlah terbenam di lubuk sanibari,buat selama-lamanya... bagai 'cinta pertama' disimpan sampai akhir hayat... Kedua minum air yang banyak. Ketiga kurangkan makanan berlemak terutama makanan yang digoreng. Ia sangat sedap dikunyap, tetapi kesannya sangat membinasakan di lain hari pulak. Kelima ialah makan buah-buahan yang banyak. Keenam kalau rasa boring, tulislah blog selepas bersenam...

    ReplyDelete
  2. Bang. Penat lelah yang ini pun belum habis lagi. Tak mampu aku nak fikir. Saat yang aku tak suka nak lalui ialah bila nak berpisah dengan kawan2 yang aku sayangi...

    ReplyDelete